10 Tips diet tanpa ubat





Image result for diet motivation

     Assalamualaikum.. Anneyeonghaseyo !! Haiii.. Lama giler kot Afie tak berblog.. cincaaa.. hahaha.. Rindu sangat.. ada kot dalam 3-4 tahun.. hari ni baru nak berjinak2 semula dalam blog.. Ce bagi semangat sikit for me.. :) 

     Oke fine.. so berpandukan tajuk yang ada kat atas tuhh.. Tentang diet kan.. okeyh.. perempuan ni tak lepas dari 3 perkara dalam dunia ni.. 

1.  Tampil cantik. (Semua perempuan nak cantik.. Betul tak?.. ada jerawat sikit, komfem meletup satu rumah.. tipu kalau tak.. hahaha)

2. Okey, yang keduanya pulak, perempuan ni menghafal tarikh.. Semua tarikh kebanyakannya dia hafal, befday member, befday pakwe, semua benda laa.. lagi2 tarikh cuti sekolah atau sem.. haha. Afie macam tu.. tak tau lah korang macam mana kan..

3. Lastly, about berat badan.. ini perkara paling senstive bagi seorang perempuan.. perempuan kalau dah kurus pun dia kata dia gemuk.. dah berat 50kg pun dia kata dia gemuk.. asal pandang cermin mesti cakap, "isshhh gemuknya aku.. kena diet ni..." haihh.. itu lah lumrah seorang yang bergelar perempuan...

     Okey.. jadi Afie nak share sikitlah tentang tips2 ni.. tips diet tanpa sebarang ubat pun.. Afie ni sebenarnya nak bagi kekuatan untuk diri sendiri.. Almaklumkahhh.. saya pun temok jugak.. hahaha..

 Okeyh.. kebanyakan orang mesti ambil ubat or mane2 supplement.. memang baik, tapi setiap ubat pasti ada kesan.. papepun kita sebolehnya kena elakkan.. betul tak.. diet cara sihat wehh.. ahaakkss..

haiisshh.. dari tadi nak bagi tips tak terbagi2.. okey.. lets reading and practice.. PRACTICE MAKE PERFECT TAU.,.. haha

10 amalan sihat untuk diet tanpa ubat.


  •  Amalkan makan bijirin atau oat.. (oat ni tarik kolestrol tau macam dalam iklan tuu..)
  • Minum yogurt
  • Minum Gereen tea
  • Makan mengikut jumlah kalori yang diperlukan selalu.  (Untuk panduan dan belajar menyusun diet untuk keperluan kalori, dapatkan eBook Kevin Panduan Kurang 5kg 5 Minggu)
  • Membuat cardio tiap malam or menari
  • Makan buah-buahan segar
  • Eat healthy foods only tapi ada seminggu sekali untuk cheat day.
  • Kena ingat kita makan bukan untuk kepuasan tetapi makan untuk sihat.
  • Bangun awal pagi dan jangan skip breakfast walaupun kita tak rasa lapar.
  • Elakkan atau kurangkan fast food. Fast food adalah salah satu penyebab utama kegemukan.     

Okey.. macam mana.. boleh buat tak agak2? hmmm.. diet ni susah tau.. kena tahan nafsu makan tau.. adoyaiii.. payahlahh.. haha.. xpe2.. kita cuba.. okey...

Okey.. ppepun kita try dulu.. Jangan lupa tinggalkan komen dan jejak.. do follow me, i'll follow u back, dude.. cewahhh.. tak leh blah je ayat kan.. haha.. okey.. tinggah jejak tau... bye2.. ptang kang cite lain plak.. 


WRITER - Afie Lee  (si gadis berkacamata)

Sumber - Kevin Zahri

Cerpen : Coklat Cinta




 CERPEN : COKLAT CINTA
“ARGHH !!.” Terkeluar suara aku yang jelas-jelas ayu ni.
     “Aryssa Najwa, kenapa dengan Ary ni?” Kak Weeda sudah menegur aku gara-gara jeritan aku yang mengganggunya sebentar tadi.
     Aku sudah membuat muka sedih. Bagai hendak gugur air mata yang sudah menjadi kolam renang di mata aku ni.
     “Kak Wee, coklat Ary jatuh lah,” kataku kepada Kak Weeda. Muka seposen sudah aku tunjukkan kepada Kak Weeda.
     Kak Weeda memandang pelik. “Aik, takkan coklat jatuh pun nak menangis tak tentu pasal. Malulah, Ary. Awak tu dah 20 han tau. Makan coklat lagi.”
     Aku menarik muka masam. “Kak Wee ni. Favorite Ary memang coklat. Macam Kak Wee tak kenal Ary pulak.”
     Kak Weeda memang dah jadi kakak tak berdaftar bagi aku. Semenjak ibu tidak ada masa yang diluangkannya untuk aku, Kak Weeda dah jadi tempat aku bermadu kasih. Ayah dah tak ada. Keberadaannya juga aku tak tahu. Mungkin masih di bumi ALLAH ni. Aku hanya berserah kepada-NYA atas takdir yang telah ditentukan buatku.
     “Kalau favorite sekali pun, janganlah over sangat. Sampai coklat jatuh pun nak menangis. Childish sangat. Malulah dengan budak lima tahun,” nasihat Kak Weeda.
     Apalah Kak Wee ni. Bukannya dia tak tahu. Chocolate is my life. Chocolate is everything for me. Aku mencebik geram mendengar kata-kata Kak Weeda. Aku menarik beg tangan yang sudah tersedia di atas meja.
     “Dah. Tak payah nak tarik muka seposen Ary tu. Sekarang kita pergi Cafe Moon. Jumpa Nad dan yang lain. Rasanya dia orang semua dah sedia ada kat sana. Ary nak rembat coklat banyak-banyak pun tak apa. Kak Wee benarkan.” Kata-kata Kak Weeda membuat aku lebih bersemangat. Mana taknya, dia offer coklat. Tak ke aku rasa bagai di istana coklat. He he he..
     Aku tersenyum senang kepada Kak Weeda. Lebih dikatakan senyuman thank giving for the offer. Aku lihat Kak Weeda juga tersengih. Mungkin suka sangat melayan aku yang sedikit senget pada coklat.
    Nak buat macam mana. Sejak aku berumur lima tahun lagi aku sudah dibanjiri dengan coklat. Mama suka memberikan aku sebakul coklat apabila pulang dari tempat kerjanya. Cadbury, Vanhaotan, Kitkat dan macam-macam lagi. Semuanya aku dah rasa. Cuma yang agak pelik bagi pandangan aku, berat badan aku tetap maintain. Kalau naik sekalipun, mungkin 2-3 kilo aje. Mungkin nasib aku memang sehidup semati dengan coklat. Ha ha ha..
     Walaupun aku fanatik pada coklat, kesihatan tetap aku jaga. Lepas dua bar coklat aku habiskan, mesti dua liter air yang aku minum. Seimbangkan tahap gula yang ada dalam badan aku. Kak Weeda selalu marah aku. Katanya aku baby tua sebab suka melantak coklat tapi bagi aku, normal kalau ada manusia macam aku. Bukan buat dosakan? Setakat makan coklat aje.
     Lamunan aku terhenti apabila teleon bimbitku berdering menyanyikan lagu I Wish dari kumpulan FT Island tu. My favorite band. Aku capai telefon yang terselit di dalam beg tangan. Orang-orang yang berdiri di dalam LRT sibuk merenung aku yang cute ni. Mungkin mereka rasa aku mengganggu mereka. Aku biarkan aje. Punat hijau aku tekan.
     “Kak Ary !!.” Terdengar jeritan dari corong telefon.
     Adoyaii.. Naik pekak telinga aku. Jerit macam aku ada berbatu-batu dari telefon. Kak Weeda sudah tarik kening apabila melihat reaksi wajah aku yang pelik ni. Mungkin dia juga terdengar jeritan dari telefon bimbit aku ni. Aku lekapkan semula telefon bimbit itu ke telingaku.
     “Janganlah menjerit. Akak dengarlah. Bukannya akak ni badak pekak,” marahku kepada empunya suara.
     Aku terdengar suara gelak tawa dari corong telefon. Sah-sah dia orang gelakkan aku. Aku mencebik geram.
     “Kak Ary, bukan badak pekaklah, kak. Tapi pekak badak. Ha ha ha..”Terdengar lagi suara-suara sumbang yang gelakkan aku. Siaplah kau orang nanti.
     “Ha, nak apa telefon akak ni, Ziqa.” Malas aku nak melayan diorang yang sentimental ni. Buat bengkak hati aje.
     “Bila nak sampai cafe? Lama dah kita orang tunggu. Cafe dah nak buka pun. Aimi pun dah mula membebel. Dia kata kalau akak lambat datang, dia tak nak belanja akak hot chocolate.” Semangat Haziqah bercerita. Umur dah hampir menginjak 20 han pun masih lagi dengan otak gila-gila dia tu.
     Aku sudah menahan nafsu. Nafsu coklat. Almaklumlah, perempuankan ada 9 nafsu. Nafsu coklatlah salah satu dari sembilan nafsu aku. Aku sudah tarik muka. Bukan aku saja-saja lambat. Dah LRT ni lambat sangat. Bukan aku boleh buat apa. Aku mengeluh kecil.
     “Kenapa Ary?” tanya Kak Weeda setelah melihat wajah ketat aku.
     “Akak cakaplah dengan Ziqa. Kalau Ary yang cakap, habislah kita orang bertekak.” Aku hulurkan telefon bimbit pada Kak Weeda. Biar Kak Weeda ajelah yang menjawab. Cepat sikit habisnya.
     Kak Weeda menyambut lalu telefon itu dilekapkan ke telinganya. Setelah lima minit berbual, talian diputuskan. Telefon itu dihulurkan kembali kepadaku. Aku malas nak bertanya. Tak penting rasanya. Akhirnya aku diam apabila Kak Weeda tidak memberi respon apa-apa.

***************

“KAK ARY !!” Dari depan pintu lagi aku sudah mendengar jeritan Afie dan Haziqah.
      Terkebil-kebil aku memandang Afie dan Haziqah. Aku taulah dia orang ni muda dari aku. Kalau iyapun, janganlah menjerit tak tentu pasal. Malulah semua customer cafe moon tengok aku semacam. Exspecialy mamat kat hujung sana. Sengih memanjang tengok aku semenjak aku masuk dari tadi. Aku buat tak tau aje.
     Afie dan Haziqah sudah memaut kedua tanganku. Tangan aku tak free. Aku jerit dalam hati. Apa kenalah dengan diorang berdua ni. Aimi lagi mature dari dia orang. Haishh.. Aku memandang Kak Weeda. Minta bantuan. Bantuan pelepasan dari dua anak dara yang memaut tangan aku ni.
     Kak Weeda buat tak tahu. Malas nak melayan Afie dan Haziqah agaknya. Akhirnya aku pasrah. Aku pun mengheret dua gadis ni ke dapur cafe moon. Pautan pada tanganku mereka lepaskan sebaik sahaja sampai ke dapur.
    “Kak Ary, jom duduk depan,” ajak Aimi.
     Aku mengangguk. Aku memang tidak jemu memandang suasana di dalam cafe moon. Sangat kreatif orang yang mendekorasinya. Aroma coklat ada di mana-mana. Huhh.. Lega lepas masuk ke dalam. Aimi meletakkan secawan hot chocolate di depanku. Dia berpeluk tubuh.
     Aku tersenyum manis buat Aimi. Aimi memang the best. Tau aje apa yang aku nak bila aku singgah di cafe moon. Kak Weeda sudah hilang entah ke mana. Mungkin di belakang agaknya. Begitu juga Afie, Nad dan Haziqah. Mereka bertiga juga turut menghilang.
     Cuaca pagi ini amat cerah. Entah mengapa aku merasakan ada sesuatu yang akan berlaku. Bad feeling? Noo.. That’s a good feeling. Hari senang hati tenang.
     “Aimi, thanks for this.” Hot chocolate itu aku angkat. Aku tau dia belanja. Aku tersengih.
     Aimi tersenyum manis. “Tak apa. Aimi dah biasa sediakan hot chocolateuntuk kak Ary.”
     Aku tersenyum mendengarkan kata-kata Aimi. Aku lihat Aimi mula beredar dari tempatku. Mungkin ada kerja yang lain. Takkan dia nak melayan aku seorangkan? Aku tergelak sendiri.
     Aku meneguk sedikit demi sedikit hot chocolate yang diberikan Aimi. Aimi buat memang sedap. Memang tak rugi kalau hari-hari habiskan duit untuk beli hot chocolate buatan Aimi ni. Tiba-tiba ada seseorang yang menghulur satu bar coklat kepadaku. Apalagi, aku tersentak dan terus menoleh ke arah empunya coklat. Woww.. So handsome.. Aku terpegun. Lama..
     “Cik.. Cik..” Aku tersentak apabila aku dipanggil. Lamanya aku terpegun melihat jejaka idaman wanita ni. Aku mencubit pipi tanda tidak percaya.
     Nampaknya lelaki itu tergelak melihat tindakan bodohku itu. Aku juga ikut tersengih sama. Sengih malu. Punya nak cover malu, aku meneguk hot chocolate itu lagi.
     “Nah.. Ambil ni.” Sekali lagi lelaki itu menghulurkan satu bar coklat kepadaku.
     Aku sudah tidak selesa. Siapalah lelaki ni. Entah-entah dia dah letak racun. Tak pun dia dah jampi-jampi serapah kat coklat ni. Arghh.. Tapi aku tak tahan dengan godaan coklat. Tangan aku macam nak bergerak sendiri untuk ambil coklat tu. Aku buntu.
     “Ambil ajelah. Cik jangan risau. Saya tak letak racun pun dalam ni. Coklat ni bersih suci dari sebarang benda yang mencurigakan.” Keterangan lelaki itu membuatkan tanganku laju sahaja menyambut pemberiannya. Tak malunya aku ni. He he he..
     “Kenapa awak bagi coklat ni pada saya ek?” soalku pelik. Hairan jugaklah tiba-tiba orang tak kenal bagi aku coklat. Lebih-lebih lagi, seorang lelaki.Ishhh.. Buat aku tak keruan aje.
     “Coklat cinta.”
     Aku tersentak. Lebih menyentakkan aku lagi bila lelaki itu menarik kerusi dan duduk di depanku. Mataku sudah melilau mencari kelibat Kak Weeda dan yang lain. Mana dia orang ni. Selamatkanlah aku yang tengah urgent minta bantuan ni. Hatiku bengang. Aisshhh..
     “Coklat cinta?” tanyaku meminta kepastian.
     Lelaki itu mengangguk. “Iya.”
     “Awak.. Hari valentine tu haram tau. Tak boleh sambut. Awak ambillah balik coklat awak ni. Saya tak nak.” Aku ingin hulurkan semula coklat itu kepada lelaki itu tetapi cepat saja lelaki itu menolak.
     “Cik.. Hari ni bukan hari valentine. Saya tak sambut hari valentine ni. Buat dosa aje. Lagipun pada hari valentine, perempuan yang bagi lelaki. Bukan lelaki yang bagi perempuan.” Dia senyum senget.
      “Owhh.” Aku tunduk. Malulah bila dah terkena muka sendiri. Lelaki itu masih tersengih memandang aku. Sukalah tu nak kenakan aku. Entah siapa mamat ni pun aku tak kenal. Haiihh..
     “Saya Izumi. Panggil saya Iz je. Cik?” Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Aku teruja. Almaklumlah kenal dengan lelaki handsome.
     “Aryssa. Aryssa Najwa.” Aku pula yang kenalkan diri. Satu senyuman perkenalan aku hadiahkan buat Izumi.
      “Saya masih nak tau. Kenapa agaknya awak bagi saya coklat. Saya bukannya kenal dengan awak.”
     “Coklat cinta.” Hanya dua perkataan itu yang dari tadi disebutnya.
     Aku hanya mengangguk. Malas hendak bertanya lebih-lebih. Orang dah bagi, ambil ajelah. Kan rezeki namanya.
     “Eh, Izumi. Iz buat apa kat sini?” Satu suara yang datangnya entah dari mana menegur Izumi.
     Aku dan Izumi menoleh ke arah empunya suara. Kak Nisa datang menghampiri aku dan Izumi.
     “Eh, Kak Nisa. How are you?” ujar Izumi sebaik sahaja Kak Nisa melabuhkan punggungnya berdekatan dengan kami.
     “Yes, i’m fine. How about you?” kata Kak Nisa kembali. Aku hanya menjadi pendengar antara dua insan di depanku ini.
     “Great..” Izumi menjawab ringkas.
     Senyuman Izumi yang semanis coklat tidak pernah lekang dari bibirnya. Manis macam coklat. Entah-entah lagi manis dari coklat. I’m sure about it. Mana taknya sekejap-sekejap dia menoleh ke arahku sambil tersenyum. Huhh.. Mau cair hati aku dibuatnya. Aku mengeluh berat. Nampaknya hatiku sudah ditawan si mr.chocolate.
     Perbualan antara Izumi dan Kak Nisa hanya berjalan selama 10 minit. Selepas itu, Izumi meminta izin untuk kembali ke tempat kerjanya. Baru aku tau yang Izumi menjadi pengurus di sebuah kedai roti yang berhampiran dengan Cafe Moon. Itupun aku mendapat sumber info dari Kak Nisa. Patutlah senang-senang dia menghulurkan satu bar coklat yang besar kepadaku. Tapi kenapa dia bagi aku coklat? Itu masih menjadi tanda tanya dalam hatiku.
********************
COKLAT ditanganku ini aku tatap. Wajah Izumi dan senyumannya semanis coklat itu aku terbayang-bayang di langit gelap dengan cahaya bulan dan bintang. Aku duduk berhampiran tingkap. Ingin melayan rasa hati yang hampir ditawan oleh senyumanmr.chocolate. Pelik. Aku tidak pernah merasa bahagia seperti ini. Effect dari Izumi ke? Alahai hati.. Kenapa kau mesti jatuh cinta pada orang yang kau tak kenal.
     Seperti yang aku tahu, cinta hanya memerlukan satu saat untuk berputik. Cinta pandang pertama. Rasanya tak salah aku menjadi lebih rapat dengannya. Sekurang-kurangnya aku dapat mengenali dirinya lebih dalam lagi.
     Aku bangun menuju ke dapur. Kak Weeda sudah lama mendiamkan diri di biliknya. Tidurlah tu kut. Peti ais aku buka. Aku menyumbat coklat pemberian Izumi di antara coklat-coklat milikku. Sayang nak makan. Simpan ajelah buat kenangan sampai aku sendiri tau apa tujuannya memberikan aku coklat ini.
     “Ary, malam-malam pun nak makan coklat ke?” Teguran dari Kak Nisa membuatkan aku tersentak dari lamunan.
     Kak Nisa salah seorang dari housemate aku. Begitu juga dengan Kak Weeda. Sudah setahun lamanya kami tinggal bersama. Adanya aku disini pun atas desakan Kak Weeda yang mengajakku untuk tinggal bersama. Katanya aku akan lebih berjaya sekiranya tinggal di Kuala Lumpur. Aku ikutkan saja. Mama pun tidak ada bantahan atas perancangan itu. Mungkin dia tahu keadaan aku akan lebih baik sekiranya tinggal bersama Kak Weeda.
     “Eh, mana ada Kak Nisa. Ary baru nak simpan coklat ni haa..” Coklat pemberian Izumi aku tayangkan kepada Kak Nisa.
     “Owh, coklat cinta.” Selamba saja Kak Nisa menuturkan kata-kata itu.
     Aik? Kenapa Kak Nisa cakap ni coklat cinta. Ishh.. Kenapa aku rasa macam ada yang tersirat aje. Mesti Kak Nisa tau apa-apa. Aku mengangguk. Membenarkan tekaan fikiranku.
     “Kenapa Kak Nisa cakap ni coklat cinta. Tak fahamlah Ary. Akak kenal dengan Izumi tu?” soalku.
     “Mengenai coklat cinta ni, Ary kena tau sendiri dari Izumi. Akak tak boleh nak kata apa. And for your infomation, Izumi tu sepupu akak. Umur dia 22 tahun sebaya dengan Ary. Dia jadi pengurus di Izumi’s Bakery atas minat dia yang suka sangat pada coklat dan roti. Mak long akak yang buka Izumi’s Bakery tu untuk Izumi.”
     Tanpa aku pinta, Kak Nisa secara tak sengajanya telah menceritakan perihal Izumi kepadaku. Macam tau-tau aje yang aku nak tahu tentang Izumi. Aku hanya tersengih sendiri memandang Kak Nisa.
     “Owh.. Patutlah dia bagi Ary coklat. Rupa-rupanya dia minat coklat.” Aku tersengih dalam hati. Mana taknya, Izumi suka makan coklat. Sama macam aku. Nampaknya aku dan Izumi banyak persamaan. Makin sepadanlah kami berdua. Aku dah mula perasan.
     Kak Nisa hanya tergelak kecil. Aku pula sudah tersengih malu. Iya lah. Pertama kali aku berbicara tentang lelaki dengan Kak Nisa. Itu memang satu keajaiban. He he he..
     “Okeylah Ary, akak nak tidur ni. Esok akak kena kerja. Banyak benda lagi yang kena buat dekat Cafe Moon tu. Tak boleh nak harap dekat Shima je. Kesian dia.” Kak Nisa menepuk bahuku.
     Aku mengangguk tanda faham dengan kata-katanya. Cafe Moon adalah hak milik Kak Shima. Aku kenal Kak Shima pun melalui Kak Nisa dan Kak Weeda. Kak Nisa bekerja di Cafe Moon. Katanya dia suka dengan suasana di cafe. Mungkin sebab itu dia sanggup bekerja di Cafe Moon walaupun gajinya tidak seberapa.
     Kak Nisa berlalu dari tempat aku berdiri dan terus memasuki biliknya yang berhadapan dengan bilik Kak Weeda. Aku juga tidak berlama-lama di dapur. Kaki aku gerakkan menuju ke bilik. Hariku yang penuh dengan cinta akan bermula esok. Ahh.. Tak sabar nak tunggu esok.

*********************

AKU menolak pintu Izumi’s Bakery perlahan-lahan. Tujuan aku datang ke situ hanya untuk melihat Izumi. Roti-roti yang berderet-deret di atas meja aku belek. Sesekali pandanganku tercari-cari kelibat Izumi. Tiada. Yang ada hanya pekerja-pekerja Izumi’s Bakery sahaja. Aku mengeluh lemah. Jam yang menujukkan angka 11 pagi itu aku tatap. Aku salah time ke nak tengok dia? Haishh.. Memang aku yang tergila-gilakan sangat si Izumi tu.
     Setelah setengah jam aku bertapa di Izumi’s Bakery, akhirnya aku gagahkan juga tanganku menolak pintu keluar. Tiba-tiba tanganku ditarik lembut oleh seseorang.
     “Ary, awak cari saya ke?”
     Aku tersentak. Aku mengalihkan pandanganku kepada orang yang menarik tanganku.
     “Iz..Izumi..” Gagap pulak suara ni. Aku merengus geram dengan suaraku ini.
     Izumi sudah mengeluarkan senyuman coklat padaku. Adoii.. Ini yang lemah ni kalau tengok Izumi tersenyum. Buat cair hati aku yang memang dah cair ni je. Aku menarik tanganku dari pegangan Izumi. Izumi hanya tersengih memanjang.
     “Ary datang ni nak cari Iz ke?” ujar Izumi kepadaku yang jelas-jelas kelihatan gugup ni.
     Dengan rasa malu yang teramat sangat, aku menyangkal. “Tak adalah. Ary cari roti. Nak buat sandwish.” Bantai ajelah apa yang ada kat kepala ni.
     Izumi tergelak. Mungkin dia tahu yang aku cuba menipu. Aku menundukkan kepala. Cuba menyembunyikan rasa malu yang sudah ditangkap oleh Izumi.
     “Iz tahu yang Ary cari Iz. Jom kita sembang dekat Cafe Moon.”
     Akhirnya kata-kata Izumi membuat aku terasa lega dari dipandang dan digosip oleh pelanggan dan pekerja Izumi’s Bakery. Entah mengapa aku hanya mengikut rentak kaki Izumi menuju ke Cafe Moon yang berhampiran dengan Izumi’s Bakery.
     Masuk sahaja di Cafe Moon, Haziqah dan Aimi sudah terkebil-kebil melihat aku berjalan bersama Izumi. Mungkin dia orang tak percaya yang aku sedang bergandingan dengan jejaka handsome. He he he.. Memang nasib aku agaknya berdamping dengan mr.chocolate ni.
     “Ary, ada benda yang Iz nak bincangkan dengan Ary. Dah lama benda ni Iz nak bagitahu pada Ary. Cuma hari ni Iz ada kesempatan untuk bagitahu Ary.” Lembut saja nada suara yang keluar dari mulut Izumi.
     Aku tidak senang duduk. Pandangan mata aku alihkan kepada seisi ruangan Cafe Moon. Suasana di Cafe Moon agak lengang. Pekerja Cafe Moon pula sibuk melayan tetamu yang lain. Seorang pun tidak ada yang datang kepada aku. Almaklumlah, semua pekerja di Cafe Moon adalah kawan-kawan aku sendiri. Mungkin mereka rasa yang aku tidak patut diganggu. Tapi sekurang-kurangnya hantarlah secawan air untuk aku yang tengah berpeluh-peluh ni.
     Aku kembali memandang Izumi yang berhadapan denganku. Satu senyuman aku hadiahkan buatnya. Hatiku sudah berdegup kencang tanpa henti. Apalah yang hendak diberitahu oleh Izumi.
     “Iz nak bincang pasal apa? Macam ada benda yang penting aje. Rasanya Ary baru aje kenal Iz semalam. Takkan ada benda penting yang Iz nak bincang dengan Ary.” Aku tersenyum sekejap. Pelik juga dengan tindakannya.
     Kelihatan Izumi mengeluh kecil. “Kalau Iz cakap yang Iz sukakan Ary, Ary percaya tak?”
     Aku tergamam. Degupan jantung yang sedari tadi aku tahan mula berdegup lagi. Lebih kencang dari degupan tadi. Aku tercengang-cengang memandang Izumi. Betul ke apa yang aku dengar? Dia sukakan aku? Ishh, Ary.. Dia kata kalau.. Bukannya dia kata suka. Lagipun dia bergurau aje kut. Aku tersengih macam kerang busuk.
     “Percaya.” Spontan aku menjawab soalan Izumi.
     “Kalau macam tu, Iz nak bagitahu yang Iz sukakan Ary.”
     Aku tergamam sekali lagi. Kali ini lebih teruk dari tadi. Izumi menghulurkan satu bar coklat kepadaku. Aku hanya memandang coklat itu tanda tidak percaya. Terkejut. Aku baru aje kenal dengan Izumi, masakan dia dah jatuh cinta dengan aku. Aku menggeleng tanda aku masih tidak percaya dengan kata-katanya.
     “Iz.. Iz suka Ary? Tapi macam mana?” Aku inginkan kepastian. Kalau dia benar-benar serius dengan penyataannya, apa salahnya aku menerima. Mencuba kehidupan dan perasaan baru. Lagipun aku pun dah jatuh cinta first side pada Izumi. Rasanya itu tidak menjadi masalah untuk aku terima Izumi.
     “Dari tahun lepas lagi Iz selalu perhatikan Ary. Bila Iz dapat tahu Kak Nisa tinggal serumah dengan Ary, Iz minta tolong Kak Nisa untuk dapatkan maklumat tentang diri Ary. Semuanya tentang Ary. Termasuklah tentang Ary yang suka pada coklat. Iz pun tak sangka yang Ary dan Iz sama-sama suka coklat. Maaf. Baru sekarang Iz ada kekuatan untuk bagitahu Ary tentang perasaan Iz.” Panjang lebar Izumi menerangkan hal sebenar kepadaku.
      Sungguh aku tak percaya yang Izumi sudah lama memerhatikan aku. Kenapa aku tak perasan tentang tu? Aku mengangkat muka memandang Izumi yang sepertinya dia cuba meminta jawapan dariku.
     “Hmm.. Jawapan apa yang Iz harapkan dari Ary?” soalku. Sengaja ingin berteka-teki dengannya.
     Izumi hanya tersenyum. Aku tau yang dia mengharapkan jawapan yang positif dariku. Tiba-tiba Haziqah datang kepadaku dengan menghulurkan secawan hot chocolate dan sekeping nota. Sekeping nota yang tertulis..

Terimalah cinta itu selagi ia masih suci. Tepuk dada tanya hati. ~ Cafe Moon members.

     Membuntang mataku melihat nota itu. Cepat-cepat pandanganku menghala ke arah Kak Weeda, Kak Nisa dan yang lain. Mereka hanya tersengih memandang aku yang kelihatan malu-malu. Aku tersenyum sendiri melihat nota itu.
     “Iz.. Secara rasminya.. Ary terima perasaan suka dari Iz. Tapi Ary perlu kenal diri Iz lebih dalam.” Akhirnya aku sudah membuat satu keputusan. Keputusan yang aku tidak akan kesalinya.
     Izumi sudah tersenyum semanis coklat. Dia terlalu gembira mendengar keputusan dariku. Aku juga. Gembira. Aku dapat rasakan yang Izumi adalah yang terbaik buatku. Aku tersenyum sendiri.
     “Opss.. Iz jangan tersengih dulu. Ary ada benda penting nak tanya Iz. Penting lagi mustahak.” Sengaja suaraku kedengaran serius. Aku berpeluk tubuh.
     Izumi tersenyum. “Tanya pasal apa? Pasal kita yang baru nak bermula?”
     Aku mencebik. Aku serius dia main-main pula.
     “Kenapa Iz kata coklat yang Iz bagi tu coklat cinta?” soalku kepada Izumi yang leka memandangku.
     “Itu memang coklat cinta. Coklat cinta yang Iz sediakan untuk Ary. Coklat cinta kita,” bisik Izumi kepadaku.
     Akhirnya aku sudah temui jawapan bagi coklat cinta yang disebut-sebut oleh Kak Nisa dan Izumi. Aku tersenyum senang. Tidak menyangka hari ini akan terjadi. Hari semalam masih lagi diingatanku. Di mana Izumi menghulurkan satu bar coklat kepadaku. Dan di tempat ini jugalah Izumi meluahkan perasaannya padaku. Aku tersenyum gembira. Tersenyum bahagia.
     Izumi menghulurkan sekeping nota yang tertulis..

Memang Iz tak nafikan, cinta itu ibarat coklat. Manis bahkan lebih manis dari coklat. Kali ni, Iz hadiahkan cinta Iz yang lebih manis dari coklat buat Ary. Harap Ary sudi terima cinta Iz yang sudah lama Iz simpan untuk jaga kemanisannya.


     Aku tersenyum bahagia. Bahagia kerana aku sudah menjadi pemilik hati Izumi. Sekarang adalah masa aku untuk mengenalinya dengan lebih rapat. Ya.. Aku akan mengenali hatinya. Dalam, dalam dan sedalam-dalamnya... Aku tersenyum sendiri.

                                          **************************************

Do Follow, Do Comment.. Tq.. Enjoy Reading .. ~ Afie Lee 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...